BAB 6 : KESIMPULAN

KESIMPULAN


Latihan industri merupakan salah satu syarat untuk dianugerahkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program Latihan Industri bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

Selain itu, saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian perkara yang dipelajari , sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam diri seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. 

Sepanjang tempoh hampir 5 bulan saya bekerja bersama-sama dengan kakitangan dan pegawai JKR Negeri Sembilan, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai tugas dan kerja yang berlainan dalam pengurusan ICT sama ada secara berseorangan ataupun bersama-sama dengan kakitangan JKR Negeri Sembilan. Sebagai sebahagian daripada kakitangan JKR Negeri Sembilan kita dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian.


Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan satu peluang yang terbaik untuk pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.



Kesimpualannya,bidang perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun .Tenaga mahir amat diperlukan dalam sektor dan dalam industri teknologi maklumat. Generasi muda yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa akan datang. Perancangan dan kerjasama di antara Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan syarikat-syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang berkemahiran pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bersyukur dan ucapan ribuan terima kasih kerana dapat menamatkan latihan industri di Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan  dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak politeknik. Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja separa professional dan profesional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya.