BAB 1 : PENGENALAN
1.0 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri adalah salah satu komponen
utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia.Ia adalah salah satu syarat dimana pelajar harus lulus latihan industri sebelum dianugerahkan Sijil atau Diploma Politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi.Bagi menjalani latihan industri, pelajar diminta terlebih awal untuk mendapatkan tempat untuk menjalani
latihan industri sama ada dengan bantuan pihak politeknik ataupun secara
persendirian.Semasa latihan, pelajar akan ditempatkan di organisasi itu selama
satu semester bagi mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan tersebut.Segala peraturan adalah tertakluk kepada
organisasi tersebut.
1.1 OBJEKTIF
LATIHAN INDUSTRI
Objektif latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam
pekerjaan. Disamping itu, ia juga
bertujuan untuk membina personaliti individu.
Dengan adanya latihan industri, seseorang individu dapat menyerlahkan
personalitinya dan juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan
diri. Selain itu, ia juga dapat melatih
diri pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan. Dalam firma, cara berkomunikasi adalah
penting sama ada secara formal ataupun tidak.
Dengan itu, pelajar dapat membiasakan diri apabila berada disituasi
tersebut. Objektif lain adalah untuk
membentuk pelajar supaya mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik dan profesional. Ini sangat penting dan akan menggambarkan
sikap atau displin seseorang. Akhir
sekali, pelajar yang menjalani latihan industri perlu menghasilkan laporan
latihannya. Ini bertujuan supaya pelajar
benar-benar mempelajari ilmu dan dapat mengingati serta mengunakannya apabila
sudah bekerja.
1.2 KEPENTINGAN
LATIHAN INDUSTRI
Latihan
industri adalah salah satu cara dimana para pelajar boleh merasai suasana di
alam pekerjaan. Ia juga dapat
menambahkan pengalaman serta meningkatkan kemahiran individu setiap
pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat
membentuk jati diri serta displin diri.
Pelajar akan terikat dengan peraturan sesbuah organisasi itu semasa
tempoh latihanya,jadi ianya membentuk disiplin yang tinggi pada para pelajar. Latihan industri juga
memberi kelebihan pada setiap pelajar.
Dengan adanya pengalaman kerja, Ini akan memudahkan seseorang itu untuk
mendapatkan kerja selepas tamat pengajian di politeknik dengan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh.
Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan cara diri
berkomunikasi dengan baik.