BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN


Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang :-

1. Suasana bekerja dalam pekerjaan sebenar.

2.      Dapat mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang belajar di politeknik.

3.      Dapat meningkatkan potensi dan keyakinan diri dengan melaksanakan tugasan atau projek yang diberi.

4.      Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pejabat dan kakitangan.
                                                                                                           
5.   Dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh penyelia dan pegawai.
                                                                                                                        




   
      CADANGAN

      KEPADA INDUSTRI:-


  •          Firma perlu membuat promosi di semua institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan firma dan membuka peluang  kepada lebih ramai pelatih latihan industri untuk menjalani latihan industri di firma ini.
  •       Firma juga perlulah menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri .
  •        Pihak firma perlu memperkenalkan syarikat dan aktiviti yang dijalankan kepada pelajar ini kerana ada pelajar yang tidak mengetahui atau mengenali aktiviti yang dilakukan oleh firma. 











KEPADA PELAJAR:-


  •          Memberi pelajar pengalaman semasa menjalani latihan industri sebelum pelajar memasuki ke alam pekerjaan .
  •          Memberi pendedahan kepada pelajar yang amat luas tentang latihan industri dengan mengadakan taklimat atau ceramah yang memberitahu  perkara untuk dilakukan sebelum, semasa dan selepas latihan industri di firma.
  •          Memberikan pelajar pengetahuan tentang latihan industri dan memberi galakkan kepada pelajar untuk menanamkan sifat sentiasa positif dan yakin terhadap diri sendiri.






      KEPADA POLITEKNIK:-
       
  •         Saya  mencadangkan agar pihak Politeknik mengadakan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani latihan industri seperti yang telah diwar-war di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana bukan sahaja pelajar yang menanti tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga bersedia menerima kunjungan pihak pensyarah Politeknik .


  •               Ada firma yang mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri yang tidak sesuai dengan jurusan atau bidang yang diambilnya. Oleh itu, saya memberi cadangan kepada semua Politeknik agar memberi kelonggaran dan tempoh masa yang lama kepada pelajar memilih tempat latihan industri.Sekiranaya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh menukar tempat latuhan industri yang lain dengan mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian dan kerja ditempat menjalani latihan industri.


  •               Memberikan pendedahan awal dengan menberikan skop latihan industri setiap jurusan atau bidang secara terperinci semasa menghantar borang permohonan latihan industri, untuk  perhatian pihak syarikat sama ada kerajaan ataupun swasta. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui pelajar tersebut sesuai ataupun tidak menjalani latihan industri di firma tersebut.