BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.0  SEJARAH PENUBUHAN
                                                                                     
                             

  


           Menyingkap kembali sejarah awal pengwujudan sesuatu Kementerian sebenarnya lebih bertitik tolak kepada penubuhan jabatan-jabatan kecil pada zaman pemerintahan Inggeris khususnya apabila Inggeris memulakan campurtangan di Negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 17hb - 20hb Januari 1874.Salah satu jabatan yang tertua diwujudkan oleh pemerintahan 'Crown Colony' sebelum Perjanjian Pangkor ialah 'Public Works Department' (PWD) atau kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditubuhkan pada tahun 1872. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sistem politik kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka, Perak (Dinding), Seberang Perai dan Pulau Pinang. 


          Major J. FA Mcnair, bekas Jurutera Kolonial Negeri-negeri Selat adalah orang yang pertama dilantik mengetuai Jabatan Kerja Raya. Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing. Pada tahun 1955, Pilihanraya Persekutuan yang pertama peringkat Majlis Mesyuarat Perundangan menandakan saat peralihan kuasa di antara rakyat tempatan daripada pentadbiran Inggeris sebelum proses kemerdekaan Tanah Melayu dilaksanakan. Parti Perikatan iaitu gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Se-Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC) telah memenangi 51 kerusi dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) memperolehi satu kerusi.Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. 

           Pengarah Jabatan Kerja Raya pula bertanggungjawab kepada Menteri berhubung dengan perkara-perkara dasar Kementerian.Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang.
-Sumber dari Wikipedia-

                                                                                                                                                                

2.1  CARTA ORGANISASI







                                                                                                                                                                

2.2  JABATAN DAN UNIT


  BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
  
     OBJEKTIF BAHAGIAN :

  • Pemantauan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui.
  • Ke arah kecemerlangan di dalam pengurusan teknologi maklumat.
  • Ke arah mengoptimumkan penggunaan sumber manusia bagi mencapai produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar  daripada pelanggan di mana kurang dari 10 jenis aduan bagi setiap projek.
  • Ke arah kecemerlangan pengurusan kualiti jabatan.


   FUNGSI BAHAGIAN :

  • Menyedia dan mengemukakan Laporan Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI)  
  • Menyediakan Key Performance Indicator (KPI) JKR N. Sembilan.
  • Menguruskan Pembangunan dan Penyelenggaraan Laman Web JKR N. Sembilan.
  • Menganjurkan Seminar/Taklimat Produk.
  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan JKR N. Sembilan.
  • Sebagai Urusetia Audit SPK daripada SIRIM, Audit Dalaman SPK dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP).
  • Pemantauan projek-projek berdasarkan SKALA (HPO).
  • Menguruskan Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan.
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan Jabatan dan Laporan-laporan yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab mengenai pelaksanaan pengurusan aduan (e-mel, surat,telefon,sms DAPAT, BPA, SPANS, akhbar dll).
  • Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan bagi kakitangan JKR N. Sembilan.
  • Bertanggungjawab menyediakan SSR.
  • Menguruskan Mesyuarat Penjadualan Program Kerja.


   
 BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN


   UNIT PENTADBIRAN

1. Memastikan pengurusan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan kakitangan JKR Negeri dan Daerah dilaksanakan dengan cekap dan teratur mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.Memastikan urusan pentadbiran pejabat, logistik dan kenderaan dilaksanakan 
dengan kemas dan teratur.

2. Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan warga JKRNS;

3. Menjalankan naziran perjawatan di Cawangan dan Daerah.

4. Merancang program latihan Bagi kakitangan Bukan Teknikal.

5. Menjalankan program-program latihan berkaitan urusan pengurusan sumber manusia dan pentadbiran.

6. Mengemaskini pangkalan data latihan melalui sistem MyKJ.

7. Menyelaras urusan pencalonan untuk pengurniaan pingat/ darjah kebesaran kakitangan JKRNS untuk diangkat ke SUK NS untuk pertimbangan.



  UNIT HRMIS ,ASET DAN KENDERAAN

1. Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa kemaskini
Point Of Reference kepada warga JKRNS dalam Pelaksanaan HRMIS.

2. Menyelesaikan masalah pengguna di Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan / JKR Daerah berkaitan pengoperasian Aplikasi HRMIS.

3. Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS diperingkat unit/bahagian dan daerah.

4. Memastikan semua kakitangan JKR Ibu Pejabat/ Daerah menggunakan Aplikasi HRMIS bagi permohonan Cuti Rehat, Permohonan eGL, Permohonan Penamatan Perkhidmatan  dan mengemaskini  Data Peribadi.

5. Memastikan setiap kakitangan  JKR Ibu Pejabat/ Daerah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan  mengikut takwim HRMIS yang telah ditetapkan  untuk tujuan penyediaan  Laporan Penilaian Prestasi Tahunan  melalui aplikasi HRMIS
.
6. Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu.

7. Menguruskan Aset di Ibu Pejabat  (pendaftaran hingga ke pelupusan).

8. Menguruskan Bekalan Pejabat.

9. Mengurusetia Jawatankuasa Pengurusan/ Pemverifikasian Aset Kerajaan.

UNIT KEWANGAN

1. Menyedia, menguruskan belanjawan dan peruntukan tahunan Jabatan.

2. Urus Setia Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Urus Setia Mesyuarat Tabung Amanah Dana Pusingan dan Urus Setia Mesyuarat Akaun Amanah
Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).

3. Memproses baucar bayaran bagi bil-bil di bawah peruntukan mengurus, pembangunan dan tabung amanah dan MARRIS.

4. Memastikan proses perolehan kerajaan dan pembayaran dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetap dan mematuhi 1PP dan cara-cara perakaunan yang berkuatkuasa.

5. Menentukan pengurusan membekalkan peralatan-peralatan bagi tujuan mengadakan majlis rasmi kerajaan negeri dan jabatan dapat disempurnakan seperti mana yang dikehendaki.

6. Menguruskan pembayaran gaji, elaun, pencen dan ganjaran bagi kakitangan Jabatan.

7. Menyediakan Penyata Penyesuaian, Daftar Bil dan Laporan Kewangan Bulanan Jabatan.

8. Menguruskan maklum balas pertanyaan Audit Jabatan.

9. Menguruskan dan memantau Kutipan Hasil Jabatan.

UNIT STOR NEGERI

1. Membantu persediaan pengurusan majlis dari segi logistik seperti persiapan pentas, pemasangan khemah, meja dan kerusi .

2. Melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan stor dan lain-lain kawasan seperti yang diarahkan.

3. Memastikan peralatan diguna dan disimpan dengan sebaiknya.

BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

 OBJEKTIF BAHAGIAN :

Menentukan pentadbiran kontrak & perolehan kerja jabatan berjalan dengan teratur mengikut syarat-syarat kontrak serta prosedur yang ditetapkan dan memastikan perbelanjaan projek mengikut kos yang dipersetujui.



  
FUNGSI BAHAGIAN :


  • Pengurusan dan pentadbiran kontrak bagi pembinaan di peringkat pra kontrak dan pos kontrak.
  • Menguruskan penjualan tender dan maklumat pos.
  • Memberi khidmat nasihat berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran tender dan kontrak.     

BAHAGIAN JALAN

OBJEKTIF BAHAGIAN :


  • Memelihara rangkaian jalan sediada (kecuali lebuhraya) dalam keadaan selamat dan selesa kepada pemandu.
  • Memperbaiki muka jalan dan menambah keupayaan permintaan lalulintas bagi meningkatkan piawaian keselamatan.
  • Menyediakan infrastruktur pengangkutan bagi memenuhi kemajuan pertanian, khidmat masyarakat, pertahanan kebangsaan pelancongan dan tempat rehat.

 FUNGSI BAHAGIAN :


  • Melaksanakan projek-projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
  • Menyenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat kepada pengguna sepanjang masa.
  • Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.
  • Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan-permohonan pembangunan daripada sektor swasta yang melibatkan jalan-jalan JKR.
  • Sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan.
  • Menjalankan kerja-kerja banci dan lalulintas kebangsaan dan kajian ke atas keselamatan jalan raya.



BAHAGIAN ARKITEK

OBJEKTIF BAHAGIAN :


Bahagian Arkitek memainkan peranan penting dalam penyediaan keperluan bagi projek-projek Persekutuan dan Negeri terutama dalam aspek penyediaan tapak, perancangan dan rekabentuk bangunan serta penyediaan lukisan seni bina. Penekanan yang lebih diberikan dalam memperkenalkan rekabentuk seni bina yang bersesuaian dengan keadaan setempat dalam usaha mewujudkan suasana yang lebih baik disamping memelihara bangunan tempatan yang dianggap bernilai dan mempunyai estetika yang tinggi.

FUNGSI BAHAGIAN  :


  • Merancang, merekabentuk serta mengendalikan perlaksanaan projek-projek bangunan yang masih dalam peringkat perancangan.
  • Bertindak sebagai koordinator bagi projek-projek yang dijalankan oleh pihak perunding swasta.
  • Membekal lukisan-lukisan seni bina dan struktur untuk tawaran tender.
  • Menyimpan lukisan-lukisan seni bina dan struktur bangunan.
  • Mengumpul bahan-bahan rujukan mengenai seni bina terutama seni bina Negeri Sembilan.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai seni bina kepada Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan lain.
  • Wakil Pegawai Penguasa untuk projek khas seperti istana.




BAHAGIAN BANGUNAN

OBJEKTIF BAHAGIAN :



  • Merancang, merekabentuk dan membina bangunan kerajaan dalam tempoh dan kos yang telah dipersetujui oleh pelanggan.
  • Meyelenggara bangunan kerajaan sedia ada mengikut peruntukan yang disediakan.
  • Menyedia khidmat nasihat teknikal Jabatan Kerajaan sekiranya perlu.
  • Bertanggungjawab dalam menyelaras / memantau projek-projek bangunan kerajaan dan berhubung dengan Kementerian / Jabatan Pelanggan berkenaan serta agensi-agensi pelaksana di daerah-daerah. Bahagian ini juga merupakan penggerak utama projek-projek bangunan kerajaan di Negeri Sembilan.


FUNGSI BAHAGIAN :



  • Mengelola dan menyelaras perlaksanaan projek-projek Bangunan Persekutuan dan Negeri.
  • Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri Persekutuan termasuk projek penyelenggaraan.
  • Mengawasi kerja-kerja pembinaan projek dan kerja-kerja membaiki bangunan.
  • Menjalankan rekabentuk struktur bangunan.
  • Mengendalikan program belanja mengurus Negeri B-06.
  • Memberi perkhidmatan nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan lain.
  • Mengendalikan segala hal ehwal tentang bangunan kerajaan yang melibatkan JKR Negeri Sembilan.